Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
bismillahhirahmanirahim
Allah Taala berfirman:
"Wahai orang-orang yang beriman!
Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar & solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar."
(Al-Baqarah, 2: 153)
Kita siapa?
Siapa kita?
Kita bukan sesiapa.
Kita hamba berdosa.
Hanya yang tidak pernah khilaf & tidak pernah sesekali melakukan dosa ada kelayakan untuk mengukur tahap keimanan seseorang.
Siapa?
Hanya Allah =)
Jika kau merasa besar,
periksa hatimu kerana mungkin ia sedang bengkak.
Jika kau merasa suci,
periksa jiwamu kerana mungkin itu putihnya nanah dari luka nurani.
Jika kau merasa tinggi,
periksa batinmu kerana mungkin ia sedang melayang kehilangan pijakan.
Jika kau merasa wangi,
periksa ikhlasmu kerana mungkin itu asap dari amal solehmu yang hangus dibakar riya'.
Hidayah hanya dari Allah & bukan dari kita.
Jangan benci orangnya, tapi bencilah dosa yang dilakukannya.
Kelak, dia mungkin bertaubat & jadi lebih baik dari kita.
Jangan sesekali memperkotak-katikkan 'Hijrah' seseorang.
Sucikah kita dari dedebu dosa?
Sekali lagi. Kita Siapa & Siapa Kita?
Siapa tahu taubatnya diterima Allah pada 1/3 malam terakhir =)
Tidak semestinya orang yang berubah ni baik & soleh? Tapi kann,
orang yang baik & soleh tentunya akan usaha untuk berubah ke arah jalanjalan, loronglorong & highway yang diredhai Ilahi(!)
Jangan pernah sesekali perkecilkan kebaikan yang dilakukan seseorang. Tak baik tauu. Allah marah . err =)
Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun,
walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria & senyuman) J
Tiada ulasan:
Catat Ulasan