DAN MINTALAH PERTOLONGAN (KEPADA ALLAH) DENGAN JALAN SABAR DAN MENGERJAKAN SEMBAHYANG. DAN SESUNGGUHNYA SEMBAHYANG ITU AMATLAH BERAT KECUALI KEPADA ORANG-ORANG YANG KHUSYUK.
(Surah al-Baqarah ayat 45)
susah diamalkan ialah sifat sabar.
Kerana sabar itu ada hubungannya
dengan hati, hati ada perasaan.
Lidah tidak ada perasaan, cuma ada
sentuhan.
Astaghfirullahhalazim , Sungguh BESAR hikmah & nikmat yang Allah beri pada semua yang berlaku .Dalam bersedih,, tergerak hati untuk mencari ubat penenang jiwa , Dan akhir nya aku terbaca satu kisah yang sungguh menarik & berkait dengan apa yg aku rasakan lani (!)
Seorang lelaki bertanya: Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mempunyai beberapa orang kerabat, yang hubungan aku erat dengan mereka tetapi mereka memutuskannya. Aku berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berperangai buruk kepadaku, aku bersabar menghadapi sikap mereka itu tetapi mereka menganggap sikapku itu adalah bodoh. Kemudian baginda menjawab, Sekiranya benar sepertimana yang engkau katakan itu maka seolah-olah engkau menyuap mereka dengan abu yang panas, sedangkan engkau sentiasa mendapat pertolongan daripada Allah Taala selama mana engkau berada di dalam kebenaran atas perkara yang demikian itu.
Ya Allah . . Sungguh BESAR kuasa MU . , Islam mengajar umatnya supaya banyak bersabar di dalam semua keadaan sama ada ketika senang atau pun susah kerana ia merupakan pengukur darjat keimanan seseorang dan Islam mengajar umatnya supaya jangan membalas keburukan Orang sebaliknya menambahkan lagi kebaikan terhadap mereka mudahmudahan dengan itu hati mereka menjadi lembut dan baik . Allah sentiasa memberi pertolongan kepada Orang yang sentiasa sabar dan benar dalam bertindak. Setiap umat Islam wajib menghubungkan silaturrahim dan haram memutuskannya. insyaAllah , selagi aku bOleh sabar aku akan sabar . itu pasti :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan