when we want to talk to Allah,
we pray, and say prayers.
when we want to hear Allah talking to us,
we recite the Quran .

kenapa Allah ciptakan Manusia ?
Bolehkah berputus asa?
Kenapa tidak dapat apa yang di ingini?
Bagimana harus menghadapinya?
Subhanallah, sesungguhnya segala persOalan dalam hidup kita , di dalam al-Quran telah dinyatakan segala jawapannya cuma memerlukan usaha kita untuk menyelongkar jawapanNya. Alhamdulillah , syukur ke hadrat Allah dengan limpah kurniaNya :))
'dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka beribadah kepadaKu'
kenapa manusia harus diuji ?
Apakah manusia mengira bahawa mereka akan di biarkan hanya dengan mengatakan, " kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji ? dan sesungguhNya kami telah menguji OrangOrang yang sebelum mereka , maka sesungghunya Allah mengetahui OrangOrang yang benar dan sesungguhnya Allah mengetahui OrangOrang yang dusta.'
(al-Ankabut: 2-3)
Kepada siapa perlu berharap?
'Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.'
(at-Taubah: 129)
Bolehkah berputus asa?
'...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungghunya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir'.
(Yusuf: 12)
Kenapa tidak dapat apa yang di ingini?
'Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu, Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.'
(al-Baqarah: 216)
Kenapa ujian seberat ini?
'Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.'
(al-Baqarah: 286)
Kenapa rasa kecewa?
'Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman'.
(Ali-Imran: 139)
Bagimana harus menghadapinya?
'Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)".
(Ali-Imran: 200)
Apa yang diperolehi dari semua ini?
'Sesungguhnya Allah telah membeli daripada OrangOrang mukmin diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.'
(at-Taubah: 111)
Sayyid Qutb: "Ramai Orang boleh tabah ketika menghadapi ujian kesulitan. Tetapi ramai Orang yang terlena dan lalai ketika diuji dengan kesenangan. Kerana itu , bersabar dan bersyukur adalah kunci kejayaan bagi seorang mukmin dalam menghadapi keduadua ujian itu"
# kepayahan dan kesenangan ; kedua-duanya merupakan ujian . Namun, tidak ramai manusia berjaya menghadapi ujian kesenangan (terutamanya) melainkan OrangOrang yang beriman dan sentiasa bersyukur serta sabar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan