Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yg akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi
Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ. Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya mampu menjadi milikmu sOrang . Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seOlah Olah aku nii barang yang bOleh dimiliki sesuka hati . Aku juga tanak menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan . cemana aku nak jawan di hadapan Allah jika ditanya kelak ? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi ? Kalau aku sendiri takk ingin dya memandang pempuan len , aku dulu lahh yang perlu menundukkan pandanganku . Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut oleh Allah . Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku , aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan pempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik ?
Memang da takk bOleh nak nafikan , sebagai remaja aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan toO maii , setiap kali toO lahh aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia sematamata untukmu . Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. dya berhak mendapat kasih yang tulen. Diriku yang memang lemah nii telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin menjaga diriku kembali . Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa .
Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.
Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam , juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam , atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wassalam , yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat . tetapi andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz , Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah . Akan tetapi , selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi toO lah jangan dibazirkan perasaan itOo kerana kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu dan juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatanperbuatan seperti toO lahh akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak . Permintaan aku tidak banyak . Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi sayang . Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu kerana dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku kerana Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.
Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya, cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah . Di hadapan Allah . Di hadapan Allah .
ku ingatkan diriku dan dirimu, peliharalah diri dan jagalah kesucian . semoga redha Allah akan sentiasa mengiringi dan memberkati perjalanan hidup kita .
susahnya nak cari orang yang betul2 cinta kita dengan sepenuhnya. CINTA itu perlu dibuktikan bukan dengan hanya kata2. tapi dengan LAFAZ AKAD PERNIKAHAN.
sayang , , memang awak bukan cinta pertama saia, tapi saia harap sgt yang awak lah cinta terakhir saia. semoga cinta kita bersatu dalam akad pernikahan. cinta sampai mati. cinta sampai syurga :)
SEMOGA CINTA KITA DIREDHAI DAN DIBERKATI ALLAH.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan